9 WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK BIBIR HITAM

Pemilihan Warna Lipstik untuk Bibir Hitam

9 Warna Lipstik Terbaik Untuk Bibir Hitam | Hai semua.. Susah ke nak cari warna lipstik untuk bibir gelap dan hitam? sebenarnya mudah saja, korang just matchkan dengan warna kulit. Jangan cari lipstik yang akan membuatkan bibir korang bertambah gelap. Mostly wanita akan rasakan lipstik adalah satu perkara penting yang perlu dibawa kemana saja. Sama macam busyra, lipstik wajib ada dalam handbag. Sebab tanpa lipstik wajah rasa tak bermaya gituuu. hehe. Jadi di bawah ni busyra nak kongsikan dengan korang warna lipstik terbaik untuk bibir hitam. 

9 WARNA LIPSTIK TERBAIK UNTUK BIBIR HITAM

1. Warna Merah, Berry dan Plum akan menaikkan lagi seri wajah bila digunakan pada bibir

2. Warna Coklat dan Ungu akan nampak lebih fantastik jika digunakan untuk bibir yang gelap

3. Boleh juga menggunakan warna Caramel pada waktu siang dan warna Ungu Plum pada waktu malam

5. Bibir gelap juga sesuai untuk warna lipstik Merah Mawar. Tapi jangan tersalah menggunakan warna merah terang. 

6. Jika korang mempunyai kulit yang agak pucat, gunakan warna Merah Anggur untuk menampakkan kelainan dan lebih menarik.

7. Pink atau Merah Muda adalah warna lipstik yang korang boleh gunakan dalam kegiatan seharian. 

8. Warna lipstik Oren juga sesuai dengan kulit bibir yang gelap

9. Warna Coral adalah warna yang cantik untuk semua jenis kulit. Tapi jangan gunakan terlalu tebal kerana takut hasilnya terlalu kontra dengan warna bibir gelap. 

Pemilihan Warna Lipstik untuk Bibir Hitam

Apapun cadangan warna lipstik yang busyra bagi ni, itu tergantung pada korang. sebaiknya korang try and error. Cari beberapa warna lipstik dan try! Pasti korang akan jumpa warna yang sesuai dengan warna bibir sendiri. 

Busyra sendiri dah jumpa warna lipstik yang sesuai dengan kulit bibir. Favorite lipstik! Busyra guna Lipmatte dari Fame Cosmetic! Korang boleh baca disini, banyak jugak pilihan warna yang ada. 


11 comments

  1. i usually wear lip balm je. hehe singgah dan follow kt sini jugak tau

    nnt jgn lupe join n meriahkan segmen GA Ray jugak tau sis

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. akak pn pki lipstik dr fame..suka color gossip dr fame

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni busyra...selalu pening nak cari warna lipstik...

    ReplyDelete
  4. Kak PC tak jumpa lagi...sebab ada juga pakai...tapi nampak lebam..

    ReplyDelete
  5. Sekarang sis suka lipstick earth color, soft pink dan match dengan warna kulit..
    Masa muda remaja suka pakai lipstick ala gothic, ganas sikit hehehe..
    Overall kena bijak match lipstick dengan warna kulit. Nice sharing Busyra..

    ReplyDelete
  6. Kak ana ada satu je lipstick. Dah setahun beli tak habis2 guna.warna merah. Sesuai lah kot dgn kak ana.haha

    ReplyDelete
  7. Jujurnya, Ain tak pernah pakai lipstick. Tak pernah beli pun. Kalau nak suruh pilih warna lagi tak pandai haha. Tapi Ain suka kaler natural la.

    ReplyDelete
  8. akak suka warna yang seakan-akan bibir je...merah makngah ngeri pulak nak cuba...hehehe

    ReplyDelete
  9. tengah cari jugak lipstick yang sesuai dengan sha, haritu dah jumpa yang tester pastu nak pergi beli dah takdak -_-

    ReplyDelete
  10. Husniey selalunya guna lipstik warna lembut je, dulu pakai juga warna merah. Laa ni tiba2 rasa suka warna lembut like pink belacan gitu. Hehee

    ReplyDelete
  11. Akk memang ada masalah nak pilih warna yang sesuai sbb bibir akk gelap dan kulit gelap jgk.huhu

    ReplyDelete