Hai semua..
Petua hilangkan rasa sakit gigi |
Busyra memang selalu sakit gigi, rasanya bulan ni ja tak sakit.. Bukan sebab gigi berlubang, tapi sebab gigi geraham busyra yang hujung sekali asyik nak tumbuh tapi tak keluar-keluar.. dia keluar sikit-sikit.. serius sakit! sapa yang perlu alami situasi ni pasti tau betapa sakitnya wei.. nak marah dekat orang semua ada.. hehe. Ramai yang cakap bila dah tak sakit better pergi cabut.. tapi Busyra ni paham-paham je la, penakut dengan doktor gigi. haha.
Alhamdulillah la bulan ni tak sakit dah. So, dalam entri kali ni busyra nak share sikit petua hilangkan sakit gigi.. Dalam salah satu petua ni, memang busyra dah amalkan. dan rasa sakit tu berkurangan.. petua ni tak kisah la gigi berlubang ke apa ke, yang penting sakit gigi. bolehlah amalkan ye.
Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi.
1. HILANGKAN PLAK
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.
2. MINYAK GAMAT
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
3. GIGIT BUNGA CENGKIH
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.
4. KUMUR DENGAN AIR GARAM
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
5. KAPUR SIRIH
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.
6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
7. LIDAH BUAYA
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
8. HABBATUS SAUDA
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.
9. DAUN SERAI
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
10. TOMATO MUDA
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.
11. GAMBIR
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.
12. KUMUR GARAM, AIR DAN LIMAU NIPIS
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
13. ASAM JAWA
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
14. BAWANG PUTIH
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, akan terasa kesannya.
Petua hilangkan rasa sakit gigi |
Ini hanyalah petua sahaja. Tapi jika sakit korang berlarutan better jumpa doktor ye. Jangan jadi penakut macam busyra.. hehe. Okay bai.
Sumber Petua: Facebook Sirap Limau
Pernah guna Petua cengkih tu. Menjadi tp lambat lah tindak balas dia. Bila sakit gigi satu benda pun tak boleh nak buat. Huhu
ReplyDeletewah banyaknya petua..thanks busyra for sharing
ReplyDeleteTerima kasih Busyra...kumur dengan air garam kak PC ada buat...
ReplyDeleteterima kasih busyra. miza nak try lah tengah sakit gg ne. malu nak jumpa doktor bukan takut hehe
ReplyDeleteDulu kalau sakit gigi rajin juga ikut petua-petua ni semua. Sekarang ni memang telan ubat je. Senang. Btw thanks for sharing.
ReplyDeletekak yoorin pon guna juga petua yang busyra share ni.. kadang dah tak tahan colet ubat gigi kat tempat yang sakit tu bagi rasa kebas..
ReplyDeleteMama baru je pulih Dari sakit gigi sebulan. Lamanya.. huhuu
ReplyDeletepernah dulu suami akak tumbuk cengkih n tepek kat lubang gg yg sakit.. legaa... dr gigi mmg dr yg last akak akan jumpa.. sereemmm
ReplyDeletelela biasa letak bunga apa tah kat rumah lela. warna oren macam bunga matahari. tapi kecik macam gigi. elok jugak. sekarang dah tak de dah bunga tu
ReplyDeleteTime pregnant macam ni selalu lah kena sakit gigi, agaknya anak dah cilok kalsium dari ibunya lah
ReplyDeleteMmg kalau dah sakit gigi jd serba tak kena. Good sharing. Boleh cuba kalau sakit gigi ni... Thanks.
ReplyDeletewah !! bagus tips ni.. ye la.. kadang2 makan ubat banyak sangat pun tak elok kan.. hee~ akak lebih suka home remedies macam ni..
ReplyDeletesama lah kak lina ni,penakut jumpa dr gigi...selagi boleh tahan...tahan jelaah...mujurlah banyak petua yang dapat membantu hihihi
ReplyDeletetengah sakit gigi sekarang ni, pergi klinik cari painkiller je huhu
ReplyDeleteHaritu kan..akak punye geraham bongsu sakit sangat. Die tumbuh ke tepi ..ke arah pipi. Bila check ngan doktor..actually gigi tuh pun dah berlubang. Sebab die kat hujung sekali. Kalau berus pun memang tak smpi. Plak pun dah penuh. Last2 kuserahkan diri untuk doktor cabut ajer. Dah cabut ...tunjuk kat anak2. HAHAH! sebenarnya nak bgtau gigi geraham tuh camane. Derang nampak live lah akar gigi tuh. Subjek sains sangat khen..hahah!
ReplyDeleteseksa sakit gigi ni lain macam selagi tak pergi jumpa doktor gigi. harap cepat elok ye.
ReplyDeleteharap2 la jangan sakit gigi kan
ReplyDeletePetua dari mak akk lak gigit halia dkt gigi yg skit tu. InshaAllah hlg rasa sakit tu.
ReplyDeletePetua dari mak akk lak gigit halia dkt gigi yg skit tu. InshaAllah hlg rasa sakit tu.
ReplyDeletebnyknye petua. TQ sharing!
ReplyDeletebanyak juga cara boleh hilangkan sakit gigi.. tak perlu la kan makan ubat.. selalu makan panadol
ReplyDeleteGigit bunga cengkih tuh memg selalu dengar tapi antara tahan atau tak jela.
ReplyDeleteBila sakit gigi rasa nak mengamuk..
ReplyDeletePetua-petua ni at least dapat melegakan sementara dapatkan rawatan kannn.. Thanks for sharing Busyra..