PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J29

Hai semua..


Sebenarnya entri ni dah lama ada dalam draf sampai berhabuk.. hehe. Niat di hati haritu lepas saja balik dari interview bulan lepas terus nak share dengan korang. Tapi asyik malas je. So harini rasa semangat sikit nak share. Sebut je pasal interview, bak kata orang, kita kena ready 100% bila kita dapat surat tawaran temuduga.. Confident kena lebihhh. tapi jangan terlalu confident pulak.. punah nanti. haha. Susah ke interview pen. pegawai perancang ni? Susah jugak la tapi lagi susah kalau dapat temuduga peg. perancang.. Banyak yang perlu korang study. Mental dan fizikal kena kuat. 

Untuk interview ni, ada 2 tapisan iaitu pertama tapisan Ujian Bertulis dan autocad. Kedua semestinya Ujian Lisan. Apa yang perlu dijawab untuk kedua-dua ujian tu? Nanti busyra akan story one by one okay. Busyra dapat surat untuk ujian tapisan bertulis.. Macam-macam busyra baca.. haha. takut punya pasal wei.. Dalam surat panggilan tu sudah dinyatakan kena bawak alat tulis dan laptop sebab ujian bertulis ni ada 3 bahagian. Serius banyak! tapi masa yang diberikan sangat singkat. Hanya 3 jam untuk ketiga-tiga bahagian tu. 


Soalan yang ada dalam Ujian Bertulis

Ada bahagian A, B dan C.. Tapi penemuduga suruh calon-calon menjawab Bahagian C terlebih dahulu sebab bahagian C perlu menggunakan laptop untuk buat layout menggunakan autocad. Soalan yang busyra dapat ialah "buat layout rekreasi". Dalam soalan tu ada berikan beberapa elemen yang wajib dimasukkan dalam layout rekreasi tersebut. Elemen tu seperti tanah lapang, pejalan kaki, rumah kedai, kolam dan ada beberapa elemen lain lagi.. Busyra tak berapa nak ingat. Untuk pengetahuan korang, jangan risau kalau tak sempat nak siap, buat saja setakat mampu.. Penemuduga hanya nak tengok kita boleh menggunakan Autocad atau tidak.. 

Untuk Bahagian A pulak soalan kena jawab dalam esei/perenggan pendek. dalam 5 ayat macam tu.. tapi tengok jugak jenis soalan.. Kalau soalan tu adalah soalan Senaraikan.....? maksudnya just buat point saja. Contoh soalan seperti:

1. Apa itu Perancang Bandar dan Desa
2. Terangkan mengenai Rancangan Pemajuan 
3. Senaraikan Hierarki Sitem Perancangan
4. Maksud Rancangan Tempatan

Soalan-soalan bahagian A adalah soalan asas dalam Perancang Bandar dan Desa. Semuanya ada 10 soalan.. 4 soalan tu saja busyra ingat.. hehe

Seterusnya kita ke Bahagian B. Untuk bahagian ni, busyra dapat 1 pelan kawasan perumahan.. Pelan tu saiz A3. Tujuan Bahagian B ni dibuat pada calon rasanya adalah untuk lihat adakah calon boleh membaca pelan dan mengira jika terdapat soalan pengiraan. Bahagian B ni jugak ada 10 soalan, soalan dijawab berdasarkan pelan yang diberikan.. Pelan perumahan tu udah ler kecik-kecik.. alahai mata busyra pulak rabun.. haha. puas dibelek-belek.. Contoh soalan adalah:

1. Adakah perumahan di sekitar kawasan ini memerlukan masjid? *so kita kena tau berapa nisbah isi rumah kalau nak tubuhkan sebuah masjid. 
2. Kira ruang lantai untuk rumah kedai
3. Berapa back lane untuk rumah kedai
4. Cadangan untuk kawasan perumahan ini

Untuk bahagian B ni pun busyra ingat 4 soalan saja.. Apa yang penting korang kena tau banyak tentang pengiraan dan formula. Busyra sendiri pun ada soalan yang blur nak jawab.. haha

50 calon yang dapat ujian bertulis ni. Dan akhirnya tamat sudah ujian bertulis.. Lepas 2 minggu, Alhamdulillah Allah bagi busyra peluang lagi, cari pengalaman interview lagi. Busyra dapat surat temuduga lisan pulak.. yang ni serius neves.. Ye la kan mana tak neves dah lama busyra tak cakap depan penemuduga.. Dalam bilik meeting tu ada 5 panel, kau rasaaa? haha. tapi calon yang masuk bukan sorang-sorang la sekali masuk 4 orang.


Soalan yang ditanya dalam Ujian Lisan

Macam biasa la kan, perkenal diri, tinggal mana, study mana, dan sebagainya. Semuanya pasal diri. English ke Melayu? Melayuuu! Kalau interview kerajaan memang melayu, so jangan risau. Kekadang je kalau bab kenalkan diri tu ada jugak panel tanya english. saja nak test.. okay, Contoh soalan seperti:

1. Kalau berlaku banjir di kawasan bandar apa yang perlu anda lakukan?
2. Depan saya ada sebiji cawan, dan apa yang anda nampak tentang cawan ni? *kalau soalan ni keluar bila korang interview, please jangan jawab cawan ni diperbuat dari kaca, cawan ni warna putih.. No, no.. Ini soalan asah minda ni. Jawapan perlu diluar kotak pemikiran.. Cuba cakap, cawan ni berada dalam bilik meeting dan di minum oleh datuk.. haaa sedap sikit uolsss.. yang interview busyra tu salah seorangnya adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya, Alor Setar. 
3. Last sekali panel akan tanya ada apa-apa soalan? Sebolehnya korang tanya la 1 soalan ye. Apa-apa saja. tidak semestinya tentang planning.

Itulah pengalaman busyra dalam interview pen. perancang bandar ni.. Tapi sayangnya tak ada rezeki busyra untuk dapat jawatan ni.. InshaAllah ada rezeki lain menanti.. Kalau korang dapat interview Pen. Pegawai Perancang pada masa akan datang bolehlah baca dan praktis apa yang busyra ceritakan tu ye.. sebab soalannya pasti lebih kurang saja. Semoga entri ni bermanfaat untuk semua.

10 comments

  1. Wahh, boleh tahan interview gomen. Dah lama wawa tak gi intervw. Hehe

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang ohsem Busyra.. Lagi tinggi sesuatu jawatan itu, lagi susah dia punya interview..

    ReplyDelete
  3. Macam tu rupanya soalan2 iv utk jawatan tu ye. Memang kena tau lah semua perkara berkaitan.

    Takpe busyra. Gagal sekali tak bermakna gagal selamamya. Semoga ada rezeki busyra yg lebih baik lepas ni. Amin.

    ReplyDelete
  4. moga bermafaat untuk mereka yang memerlukan..akak dah tamat dah musim nak cari kerja..Gaknya lepas ni nak duduk bertapa kat rumah je

    ReplyDelete
  5. Bagus entry ni , at least bagi gambaran awal kat calon yang bakal pergi interview.. vbest of luck busyra..

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau dapat interview pegawai perancang bandar, just study buku "Malaysia Kita" - khatam buku tu sampai habis.. hehhe.. and ingat akta 172..

    ReplyDelete
  7. Actually interview ni bukan nak tahu orang tu pandai ke tak pandai, sebab sebelah kaki dah confirm dapat jawatan ni cuma panel nak tengok sikap , cara kita berfikir dan character kita- adakah kita layak ke tak untuk memegang jawatan tu.. so, kalau jawab salah takpe, janji CONFIDENT 100%.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah Busyra...pada akak pengalaman pergi interview ni pun dah satu kejayaan. Tahniah juga sebab berusaha untuk berkongsi tips penting macam ni. InshaALLAH..jika ikhlas berkongsi dan membantu..pasti ada rezeki lain menanti :)

    ReplyDelete
  9. Mencabar jgak soalan2nya. Kalau dah orang yang interview tu orang besar2, lagi la kecut perut nak menjawab kan. Takpe Busyra, at least dah cuba. Ada yang jauh jauh jauh lebih baik untuk Busyra tu. Dont worry. :)

    ReplyDelete
  10. Pehhhh. Semoga berjaya Busyra :)

    ReplyDelete