Rimas kan kalau cas bateri phone terlalu lama dan lambat nak penuh.. Kadang tu kita rasa macam nak je cepat-cepat cabut charger tu, sebab manusia dan phone berpisah tiada. hehe.. siapa yang suka kalau tengok bateri phone tu dah tinggal 5%.. rasa serba salah nak charge ke nak guna powerbank.. tapi isu powerbank terbakar sekarang ni dah banyak sangat, sampaikan busyra sendiri takut nak guna.. Jadi disini, busyra nak share dengan korang tips untuk cas bateri supaya cepat penuh 100%.. Mudah saja sebenarnya.. cuma perlukan kesabaran yang tinggi jangan main phone sesama charge! haha..
1. Tutup handphone
Memang tak semua mampu buat benda ni, termasuklah busyra sendiri.. "Mana boleh nak off phone nanti ramai yang whatsapp tak sempat nak reply".. tapi inilah hakikatnya kalau charge phone dengan cara off dulu phone tu.. jangka hayat bateri phone lebih tahan lama.. kalau tak percaya cuba try.. busyra sendiri dah try cara ni.. cepat full!
2. Set kan handphone ke flight mode
Kenapa perlu nak set kan ke flight mode? ini adalah kerana bila kita set macam tu, semua aplikasi akan tertutup dan salah satunya adalah internet. Tiada lagi signal untuk phone yang berfungsi.. tak akan ada lagi mesej dari facebook dan sebagainya.. Jadi bila tak ada gangguan macam tu bermakna lebih cepat proses charge phone untuk penuh.
3. Gunakan plug di dinding dan main socket
Jangan cas phone pada sambungan USB di komputer ataupun laptop. Kuasa di plug dinding lebih kuat berbanding di USB. Selain dari tu, fokuskan untuk cas phone korang pada main socket bukannya pada plug sambungan extension..
4. Panjang dan tebal wayar USB
Mesti ramai yang tak tau kan pasal ni.. dulu busyra sendiri pun tak tau, tapi sekarang ni dah ambil berat pasal hal ni sebab ianya memainkan peranan yang penting. Kalau korang perasan, kabel yang original tidak terlalu tebal dan tidak terlalu panjang kan? sangat berbeza dengan kabel yang murah dan tidak original, yang di beli dipasar malam.. sangatlah lambat proses bateri untuk penuh.. Jadi sebelum belum wayar USB tu fikir terlebih dulu..
5. Saiz kapasiti output charger lebih besar
Cuba tengok dekat phone korang sekarang, berapa kapasiti output charger korang tu? untuk pengetahuan korang, kelajuan pengecasan phone bergantung pada kapasiti output charger.. Lagi besar saiz kapasiti output charger, lagi cepatlah proses bateri phone untuk penuh. Macam charger busyra ni kapasiti outputnya adalah 1.55A .. Busyra guna charger original samsung.. untuk saiz kapasiti adalah bermula pada 0.8A, 0.85A, 1.0A, 1.2A, 1.35A, sehingga 2.1A.. Elakkan guna charger yang tidak ori, sebab kapasiti nya agak rendah berbanding charger original..
Semoga tips ni bermanfaat pada semua..
bagus tips ni.. :)
ReplyDeletenice sharing busyra,akak kalau cas hp off internet je..hehe
ReplyDeletegood sharing busyra!
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletetips yang bagus busyra. tp yg off hp masa cas tu jarang kita wat kan. kena ubah dan selalu off masa cas. hee
ReplyDeletenice info...selalu time cas..memang flight mood kejap
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletetips yang bagus, kadang memang tak tahu cara nak dapatkan bateri penuh dengan cepat
ReplyDeletenice sharing :D
ReplyDeletebagusnya tips2 busyra ni. memang tak pernah buat. sebab tu berjanggut tunggu fon charging haha. lepas ni tau dah la.
ReplyDeleteTips yang sangat membantu Busyra sebab sis sedang alami masalah handphone lambat charge.. Selalu turn to flight mode, tapi lambat jugak penuh.. Tak sabar dan urgent punya pasal jadi sis terpaksa off handphone coz got no choice.. ;-)
ReplyDeleteBagus tips- tips ni . Flight mode pun dpt mmbantu ya .. nnti CCL try
ReplyDeleteoo kene tukar mode erk..kene buat lepas ni
ReplyDelete