5 PETUA BERKESAN MENGHILANGKAN BAU BADAN


Siapa saja yang selesa dengan bau badan sendiri? dan yang lebih teruk lagi kita akan rasa kurang selesa bila ada yang datang mendekati. Dengan bau badan yang kurang menyenangkan akan menyebabkan kita rasa kurang keyakinan diri dan jadi malas nak bergerak. Salah satu punca bau badan adalah disebabkan oleh bahan buangan yang terkumpul dalam badan kita akibat proses pencernaan yang tak sempurna. 

Faktor lain juga boleh disebabkan oleh faktor pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang bertoksin. Jadi dalam entri kali ni, busyra ada beberapa tips/petua untuk korang menghilangkan bau badan sama ada yang kritikal ataupun yang biasa-biasa saja.

Petua Menghilangkan Bau Badan

1. Daun Sireh

Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1 liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi pada waktu pagi. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan. Untuk pengetahuan korang, daun sireh membantu menghilangkan bau badan yang berpunca dari kuman/bakteria.

2. Timun

Hiriskan timun kepada beberapa kepingan kecil dan gosokkan di ketiak. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan setiap kali selepas mandi. 


3. Bunga Cengkih 

Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang. Kemudian minum air rendaman tersebut.

4. Limau Purut

Gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan dan jangan buang lepas guna. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air itu. 

5. Minyak Wangi

Jadikan amalan membawa ke mana sahaja minyak wangi atau body spray/mist yang fresh baunya. So, tiap kali korang rasa peluh dekat badan dan mula ada bau yang kurang menyenangkan, semburkan wangian fresh supaya bau tu boleh hilang sikit. 


Semoga Bermanfaat 

9 comments

  1. Terima kasih Busyra...bau badan bukan diri sendiri je tak selesa...orang lain apatah lagi...yang limau purut tu kadang kak PC guna...untuk hilangkan kelimumur pun ok..

    ReplyDelete
  2. bagus petua ni...limau purut tu selalu buat jugak

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  4. boleh guna deodoran juga ...
    tawas pun sangat membantu, dan siap boleh putihkan bawah lengan ...
    tapi, yang #5 tu paling senang ... hehe.

    ReplyDelete
  5. daun sireh & limau purut pernah juga guna...rasa nyaman je bila mandi guna daun2 tu...

    ReplyDelete
  6. Memang limau purut berkesan hilangkan bau badan, minum air bunga cengkih pun bagus juga

    ReplyDelete
  7. Macam tak sanggup je yang nombor 3 tu hhuhuhuhu. Beauty is pain la katakan 😂

    ReplyDelete