Hai..
Siapa penggemar seafood dekat sini? kita geng! busyra memang penggemar seafood walaupun kalau lepas makan kekadang tu bersin. haha. allergic sikit.. tapi tak peduli still sukaaa! malam tadi busyra tak makan nasi sebab tetiba lapar sotong celup tepung.. bagi rangup-rangup sikit.. cicah dengan sos.. yang penting sos cap jagung. serius sedap sos tu! so, meh tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1. 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. Tepung gandum/ tepung rangup (agak-agak saja sampai cukup sotong tu)
3. 1 biji telur
4. 1 sudu serbuk paprika
5. Sotong (dipotong bulat)
6. Secubit garam
Cara-caranya:
1. Potong sotong dan bersihkan.. jangan potong terlalu kecil. setelah tu toskan dan lapkan sikit dengan tisu dapur supaya sotong tadi kering.
2. Masukkan bawang putih, serbuk paprika, garam dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan sotong tadi ke dalam telur
4. Seterusnya masukkan ke dalam tepung dan goreng sehingga warna keemasan..
5. Siap! sedia untuk dimakan bersama sos pilihan korang!
Selamat Mencuba!
memang sedap ... mrs pip pun kalau ada beli sorong, mesti nak goreng rangup. yummy!
ReplyDeleteermmm...yummy...mintak sikit busyra...hihi
ReplyDeletesedappnyer..akak biasa pakai tepung Bestari jer... yg original..lagi sedap dari tepung ala KFC tu..hihihi
ReplyDeleteAla.. Pagi tadi nak beli sotong tapi bila tengok harga cam cancel.. Nie tengok gambar busyra cam nyesal lak tak beli.. Hehehe..
ReplyDeleteMemang sedap.
ReplyDeleteboleh try ni..anak akak suka sotong goreng tepung..tapi dia makan part kepala sotong jek lah hehehe..
ReplyDelete