CANTIKKAN DIRI DENGAN 6 PRODUK HIMALAYA HEALTHCARE

Hai semua..

Semalam bila abang posmen sampai depan rumah, hati rasa bebunga-bunga sangat.. bukan sebab hati dah terpaut dengan abang posmen hokeyyy. hahaha. tapi sebab barang yang ditunggu-tunggu dah pun sampai.. yeayy parcel Himalaya! before ni busyra bukan pengguna Himalaya. tapi dah banyak sangat busyra dengar testimoni pengguna yang pakai produk ni, semuanya positif feedback.. Himalaya bukan hanya produk kecantikan semata-mata tapi ianya menitik beratkan tentang penjagaan kesihatan jugak!


Akhirnya busyra berpeluang untuk try produk ni.. Alhamdulillah dalam parcel tu ada 6 jenis produk Himalaya iaitu untuk penjagaan luaran dan dalaman. Seperti mana yang korang tau, Himalaya ni dah ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. 

Kalau dekat kedah ni cawangan Himalaya ada di Aman Central, Alor Setar.. nanti kalau produk ni serasi dengan busyra boleh la terjah Aman Central. hehe.. 6 produk yang busyra maksudkan tu adalah Anti Hair Fall Shampoo, Protein Conditioner, Moisturizing Aloe Vera Face Wash, Nourishing Skin Cream, Neem Capsules, Lip Balm.. Kesemua produk ni akan busyra terangkan detail di bawah ye, one by one..

1. Anti Hair Fall Shampoo


Keguguran rambut lah paling kita takut sekali kan.. baik lelaki atau perempuan.. rambut adalah salah satu aset penting dekat diri kita. contohnya kalau lelaki rambut asyik gugur je pasti dorang segan nak berjumpa dengan orang ramai kan? 

Jadi disini busyra nak share tentang syampoo Anti-Hair Fall ni.. memang sangat sesuai untuk semua jenis rambut yang mengalami masalah keguguran rambut. Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik dan syampoo ni mampu menjadikan rambut lebih kuat di kulit kepala.. busyra cadangkan yang ada masalah ni cepat-cepat la try syampoo Anti-Hair Fall..

2. Protein Conditioner


Okay next! lepas korang cuci rambut dengan syampoo perlulah guna conditioner, siapa dekat sini yang guna conditioner? siapa yang guna tu memangn bagus! busyra sendiri susah nak guna, dalam erti kata lain malas!.. haha. conditioner menjadikan rambut kita lebih bermaya dan sihat.. Perempuan je ke boleh guna? ehhh siapa cakap perempuan je boleh guna, jejaka idaman malaya pun boleh uolss. haha. Ramuannya adalah aloe vera, yarrow, chick pea and sprout..

Aloe vera akan membuatkan rambut kita rasa sejuk dan best. Yarrow akan menguatkan rambut kita dan mengawal dari rambut gugur.. Chick pea pula akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjaga rambut kita supaya lebih sihat.. Last, Sprout akan menjadikan rambut kita lebih bermaya! Jadi siapa yang tak suka guna conditioner baik guna cepat! terutamanya orang yang bernama busyra.. hahaha. Cara gunanya macam mana? mudah ja just ambil sikit dan sapukan pada rambut, elakkan kena kulit kepala. Biarkan 2 minit dan bilas!

3. Moisturizing Aloe Vera Face Wash


Dalam ke enam-enam produk, ini yang paling busyra sukaaaa! sebabnya busyra sendiri tak ada spesifik cleanser untuk diri sendiri.. semua jenis cleanser busyra try.. haha. jenis kulit busyra berminyak je.. so pakai je la cleanser apa pun, janji boleh nyah kan minyak.. bila dapat clenser aloe vera ni rasa best sangat sebab boleh try benda baru.. besar pun besar. tahan lama la kalau macam ni! Apa yang busyra tau cleanser ni adalah sesuai untuk semua jenis kulit.. minyak pun boleh kering pun boleh.. sebab ianya diperbuat daripada bahan semulajadi.

Ia diperkaya dengan buah timun yang menyejukkan dan menyegarkan. Manakala Aloevera untuk melembutkan kulit kita. Selain tu, ia ada ramuan vitamin E yang sememangnya baik untuk kulit muka. Kuantitinya ada 150ml.. nanti lepas busyra dah try busyra buat review pasal ni ye..

4. Nourishing Skin Cream


Siapa penggemar pakai krim? busyra bukanlah manusia yang penggemar pada krim/lotion dan seangkatan dengannya.. hehe. rasa belengaih! bak kata orang kedah. belengaih (melekit).. tapi bila sekarang ni busyra ada masalah kulit tangan yang kering, terpaksalah cari krim wei.. tak tahan tengok tangan sendiri kering.. huhu. Dengan adanya Nourishing Skin Cream ni, busyra boleh sapu dekat tangan , muka ataupun seluruh badan.. nampak kecil tapi serba guna!

Ia dapat memberikan kelembapan dan kelembutan pada kulit kita. Antara bahan-bahan utama yang ada dalam krim ni adalah ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India.. sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit sensitif. kalau korang pergi travel pun kan, tak perlu nak bawak lotion banyak-banyak. just bawak Nourishing Skin Cream ni saja. Mudah dan selamat!

5. Neem Capsules


Korang pernah ambil supplements apa-apa tak untuk badan korang? badan kita pun sememangnya perlukan supplements yang sihat tau.. tak semua supplements tak bagus untuk badan.. cari yang betul-betul sesuai dengan diri. Neem Capsules ni adalah disyorkan dan ia diambil pada waktu pagi selepas korang breakfast.. tak kisah la breakfast apa pun.. janji dalam badan tu dah masuk makanan.. lepas tu terus telan 1 biji..

Untuk pengetahuan korang, Neem Capsules ni berasal dari pokok semambu yang terkenal dengan pelbagai jenis khasiat.. Kelebihannya adalah dapat menyembuhkan luka, membantu membersihkan darah dalam badan dan membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut. 

6. Lip Balm


Pernah tak korang alami masalah bibir kering sebab terdedah dengan cuaca dekat luar ataupun kalau duduk terlalu lama dalam bilik berhawa dingin? Busyra kan kalau berubahan tempat pun kadang tu bubir jadi kering dan sakit.. busyra ada pernah try satu jenis lip balm ni tapi tak menjadi.. huhu. sebab tu bila dapat produk Himalaya lip balm ni excited sangat nak try. 

Ada tu yang bibir sampai merekah dan ada luka yang pedih.. kesian tau, nak makan pun susah kalau sakit.. Apa yang busyra tau tentang Himalaya Herbals Lip Balm ni adalah ia akan melembapkan bibir kita secara efektif dengan bantuan ekstrak semulajadi 'wheatherm oil' dan 'carrot seed oil'.. Sangat sesuai digunakan bila-bila masa.


Bagi sesiapa yang nak cuba Produk Himalaya ni boleh la ke mana-mana cawangan Himalaya yang berdekatan dengan rumah korang.. boleh cari di sana, macam-macam jenis produk ada.. try dulu satu then baru cuba yang lain..


Website: http://himalayamsia.blogspot.my/

Phone no: 03-7956 7012

11 comments

  1. singgah sini busrya.. wah cantik backdrop sesuai la tu dengan produk himalaya. hii

    ReplyDelete
  2. Baru try satu produk dr himalaya utk tingkatkan susu ibu , best dan berkesan

    ReplyDelete
  3. Fav luqman shampoo dengan conditioner dia..sangat sangat best..

    ReplyDelete
  4. Lupa plak nak bagitahu jangan lupa singgah blog luqman baca review pasal himalaya jgk hehehe.

    http://www.arepnakbebel.com/2017/09/produk-penjagaan-diri-yang-pelbagai-dari-brand-yang-dikenali-ramai-himalaya-herbals.html

    ReplyDelete
  5. Syampu tu kak PC nak cubalah Busyra...

    ReplyDelete
  6. Kak ana guna juga produk himalaya ni. Memang best sgt. Kulit rasa bersih sgt lepas guna pencuci himalaya ni.

    ReplyDelete
  7. tak pernah guna lagi.. boleh la try lepas ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. wah bestnya bolehlah try jugak nanti :)

    ReplyDelete