5 TIPS UNTUK DAPATKAN JOB REVIEW DARI CLIENTS

Hai, Assalamualaikum readers kesayanganku..


Ramai blogger sekarang ni dah jadikan blog sebagai punca pendapatan masing-masing.. ada yang buat part time ada yang full time.. sama jugak macam busyra, memang mengaku yang blog mampu jana pendapatan.. tapi macam mana nak grab job yang ada? macam mana nak tarik hati clients untuk suka dengan kerja kita dan bagi kita job review? 

Alhamdulillah seminggu lepas busyra dapat 2 job, iaitu paid review.. anggaran dalam RM400+ ..busyra bagi tau korang semua bukan sekadar nak menunjuk, tapi busyra nak korang lebih semangat untuk jadikan blog sebagai salah satu pendapatan korang.. Jadi disini, busyra nak share beberapa tips dengan korang macam mana nak grab job review.. yang pastinya memang dah ramai blogger buat perkara yang sama macam busyra.. 

1. Kualiti Penulisan

Sebenarnya tak kisah pun korang nak tulis tajuk entri mengenai apa.. tapi yang pastinya cara korang sampaikan sesuatu entri tu.. korang memilih untuk olahkan entri ke arah lebih menarik atau entri yang suram dan tak ada kualiti.. tulis entri biarlah dari diri sendiri.. jangan sesekali copy paste dari mana-mana pihak lain, melainkan lah korang ambil sedikit ayatnya dan letak credit pada si penulis.. 

Selain dari tu, apa yang boleh busyra cakap tentang kualiti penulisan ni adalah bila korang menulis sesuatu, tolong ajarkan diri korang untuk research dulu, google dulu, ambil banyak ilmu mengenai tajuk yang korang nak tulis tu, then baru lah menaip entri korang. Kualiti penulisan adalah paling utama dalam blog. paling penting. kalau entri penulisan tak best, agak-agak ada tak yang nak baca? fikir sejenak dan pasti korang akan jumpa jawapan untuk blog korang.. dengan itu, bila client tengok blog korang pun tertarik sebab penulisan bagus!

2. Aktif di Fanpage

Memang ramai yang cakap bukan setakat fanpage je, tapi facebook, instagram semua kena aktif.. ye.. betul.... tapi fanpage juga memainkan peranan penting.. Fanpage ni memang spesifik untuk blog saja.. maksudnya kalau lah ada clients tu follow fanpage korang, tak ke dia terus ada niat nak melamar korang.. hehe.. 

Selalu post di fanpage mengenai blog korang ye.. dapatkan banyak liker.. busyra sendiri pun tengah kumpul liker.. lagi banyak orang like lagi bagus.. untuk fanpage busyra nak target sampai 1000 liker. sekarang baru 900+ .. nak kumpul like di fanpage lagi susah dari nak fikir tempat makan tau.. hahaha.. so please lepas ni aktif di fanpage.. busyra sendiri pun selalu rasa malas nak post dekat fanpage.. huhu.. tapi apakan daya kena rajinkan diri jugak.

3. Join group Social Media + Blogger Community 

Social Media + Blogger Community ni adalah salah satu group di facebook yang sememangnya clients giat cari blogger untuk buat job review.. ada yang paid review dan ada yang product review.. tak kisah la kan, janji dapat job review.. bagi yang belum join, boleh la start untuk join group tu ye.. boleh ke SINI ..dalam tu nanti kalau korang nak post entri korang pun boleh.. promote sikit.. hehe. grab la seberapa banyak job yang boleh.. tapi depend la pada public relations (PR) yang akan pilih blog korang.. sebab tu la busyra cakap tadi kemaskan kualiti blog. pasti terpilih!


4. Banyakkan buat entri review produk

Walaupun korang tak dapat job tapi cubalah untuk buat entri sendiri untuk review produk yang korang cuba.. sebagai contoh, korang pergi la beli apa-apa produk di watson, guardian or mana-mana kedai dan review produk tersebut.. tak perlu nak beli produk yang mahal.. beli yang murah pun dah memadai. yang pentingnya cara korang review tu kena lah cun! ataupun korang shopping saja di mana-mana laman online shopping.. pun boleh! kalau macam tak nak habiskan duit, boleh review buat beauty DIY.. macam entri busyra yang ni > Cara DIY untuk hilangkan jerawat ..

ataupun kalau tak nak review bab kecantikan, busyra bagi contoh lain ye, contohnya korang pergi kedai makan/restoran ke.. haaa review pasal restoran tu. cakap pasal makanan disitu.. mana tau one day ada clients yang nampak penulisan korang tentang review restoran, then dia pun nak bagi job review untuk restoran dia pulak.. siapa tau kan? pengalaman menulis tu penting! try dan try buat banyak-banyak review sendiri..

5. Jangan lupa ping post di semua Media Social

Lepas dah siap post entri korang di blog.. rajin-rajinkan lah tangan tu untuk post entri di semua media sosial, terutama di facebook.. tipsnya adalah jangan sekadar post di group blogger saja.. post lah di group-group lain.. contohnya kalau korang buat pasal holiday, cuba post di group yang free iklan discuss pasal travel.. cari group yang ada kaitan dengan entri korang.. baru orang minat untuk baca dan barulah ada clients nampak kewujudan korang as a blogger.. 

Post la seberapa banyak yang korang mampu.. kena rajin dan rajin dan rajin! mybe lambat untuk dapat job tapi percayalah pasti ada nanti.. memang lambat untuk client nampak penulisan kita.. tapi InshaAllah.. 


Amalkan 5 Tips ni, InshaAllah blog korang akan dicari nanti.. percaya dengan rezeki DIA.. teruskan berblogging semua.. chaiyok! "Bila clients dah suka dengan blog korang dia sendiri yang akan email korang! <3

18 comments

  1. Nice tips Busyra ~~
    Betul tue .. dulu apabila berblog rasa mcm susah pula nak dapat job. So sy pun just fokus utk tingkatkan kualiti penulisan blog. Walaupun taklah baik tp ada juga peningkatan sikit.Alhamdulillah skrg nie ada ja terima mana2 email nak bwat collab dgn blog sy.. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih busyra atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  3. Nice sharing busyra...bnyak info boleh diambil

    ReplyDelete
  4. Thanks info !
    Nona buat blog dulu, sesuka je, tapi sekarang tengah cuba untuk penulisan santai menggunakan perkataan penuh, contoh : perkataan Aq = aku, jadi nona guna full words, but maybe story santai....kecuali kalau review...banyak sudut kena perhatikan...

    InshaALLAH, usaha untuk dapatkan rezeki lebih....kan, kann..hehe~

    ReplyDelete
  5. thank you dear for sharing..akak belajar sesuatu hari ni..muahhx

    ReplyDelete
  6. terimakasih busyra.. alhamdulillah.memgena dgn topik ina sdg cari.10bintang utk awk tau

    ReplyDelete
  7. tq for sharing busyra..tips bagus ni..

    ReplyDelete
  8. Yezza!! Tips yang sangat berguna pada blogger yang berminat nak jana pendapatan menerusi blog. ;)

    ReplyDelete
  9. haa..

    betul.

    ramai patut baca dan amalkan ni.

    ReplyDelete
  10. Nice sharing lahhhhh. Ohhh ini rupanya rahsia Busyra ye. Nanti ira nak praktikkan jugak la. TQ hihi

    ReplyDelete
  11. Entry yang sangat membantu hehehe tq !

    ReplyDelete

prev
next