7 CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG DARI AWAL BLOGGING

Hai semua..

Tajuk entri awal pagi dah semangat nak cari duit kan? hehe.. jangan jadikan membuat blog hanya sekadar hobi semata.. ye, tak dinafikan busyra dulu memang fikir nak blog hanya sekadar suka-suka dan nak jadikan blog sebagai satu hobi saja. tapi bila difikir dihadam semula, lebih baik jadikan blog sebagai satu tempat mencari rezeki .. siapa kata dengan blog tak boleh buat duit? semua perkara dalam dunia ni boleh hasilkan duit kalau kita bijak menggunakannya.. 


jadikan blog satu kerjaya dan kita kena ingat satu benda, "perkataan bekerja itu bukan hanya pergi ke pejabat pukul 8, balik pejabat pukul 5 petang..tapi bekerja itu adalah membuat sesuatu yang mendatangkan keuntungan".. so tak kisah la kau nak duduk rumah ke mengadap komputer, buat kuih, menjahit ke, itulah dinamakan kerja, mencari rezeki! bagi yang baru nak dekatkan diri dengan blog, meh sini busyra nak bagi tips cara nak buat duit dengan blog dari awal-awal.. maksud busyra, lepas korang start butang sign up blog! cewahh.. beria ja kan. hehe.. setiap blogger boleh capai impian masing-masing kalau korang bekerja dengan motivasi dan semangat yang tinggi!

Di bawah ini adalah cara buat duit ratusan ringgit dengan hanya sebuah blog!:

1. Membuat matlamat untuk dicapai *media sosial

okay, bila bercakap pasal media sosial ni, memang lah sangat penting.. blog tak kan kuat dengan sendirinya tanpa sokongan media lain.. dengan adanya media lain lah dapat bantu blog untuk lebih kedepan.. maksud busyra adalah, first sekali korang kena kembangkan komuniti di media sosial.. bagi yang belum ada twitter, facebook, instagram, sekarang ni dah boleh start buat ye. korang kena start target berapa orang followers yang korang kena dapat pada bulan pertama berblogging.. sebagai contoh:

1. Target duit masuk bulan pertama: RM100
2. Followers Facebook: 500
3. Followers Twitter: 500
4. Followers Instagram: 100
5. Fan page likes: 100

Dan untuk bulan seterusnya, target lebih tinggi ye..

2. Beri tumpuan pada satu Affiliate

Jangan sesekali libatkan diri dengan terlalu banyak Affiliate! untuk permulaan berblogging, korang just tumpukan pada 1 Affiliate dulu ye.. Apa itu Affiliate? Affiliate adalah salah satu teknik untuk memasarkan dan mengiklankan sesuatu produk di internet.. Program Affiliate ialah bilamana korang menjadi orang tengah (Agen) untuk mempromosikan produk orang lain/ syarikat melalui link Affiliate dan korang akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu kalau ada orang beli produk tersebut melalui link Affiliate korang.. 

Best kan? tak perlu keluarkan duit pun untuk join program Affiliate ni.. just kena rajin dan rajin! nak tau lebih lagi pasal Affiliate ni korang boleh try google ye.. sebab busyra yang dah lama dalam dunia blog pun masih belajar untuk jana duit dengan Affiliate ni.. Affiliate ni korang just letak banner sesebuah syarikat di blog korang, tapi kalau nak lebih ramai orang tau, rajin-rajilah post di media sosial.. promote! contoh Affiliate macam Klikjer, Lazada Malaysia, Job di rumah, dan banyak lagi..


3. Offer service yang korang ada

Guna dan manfaatkan skill yang korang ada.. tak kisahlah dari segi design atau apa.. jangan la cakap, "dia boleh la pandai design blog, pandai pasal graphic design".. jangan sesekali cakap macam tu.. itu kelebihan dia, tapi cuba kita cari kelebihan kita.. okay sebagai contoh ye, kalau korang pandai memasak, dan dah banyak ilmu pasal masakan.. so why not korang tak buka kelas memasak? selalu lah war-warkan dalam blog korang. buat pakej kelas memasak.. maksudnya untuk 2 hari RM berapa dan apa yang akan di ajar..

Gunakan laman blog untuk korang selalu update. bila dah banyak gambar-gambar yang korang up dalam entri, orang dekat luar sana akan lebih percaya! kalau korang tak pandai memasak, cuba fikir kelebihan lain yang korang ada.. banyak blogger sekarang yang ambil upah buat blog.. tak kisah bayaran mahal atau murah yang penting, korang cuba untuk buat duit. macam2-macam boleh buat dik non oi dengan blog ni.. market kan korang punya kelebihan tu! macam aku, aku buat jualan pasal graphic design *banner, sticker, business card.. nak usha boleh ke >> SINI

Menawarkan sesuatu perkhidmatan sememangnya cara terbaik untuk membuat duit.. 

4. Jangan terlalu banyak iklan

Maksudnya jangan meletakkan terlalu banyak iklan di blog.. pengunjung tak suka tau serabut-serabut bila masuk blog kita. just nice saja. letak 1-3 iklan saja di laman blog.. selebihnya korang update di setiap entri.. sebagai contoh, satu hari korang update 2 entri.. 1 entri adalah entri umum (suka hati korang lah nak up pasal apa pun kan). yang satu lagi tu lah up pasal iklan korang.. cerita lah nak cerita apa pun..

5. Jangan post entri hanya sekadar post

Pastikan post korang tu ada input, isi yang nak disampaikan.. bukan hanya sekadar post semata-mata.. jangan set dalam mind korang yang "aku kena post jugak harini" tapi langsung tak ada input yang nak disampaikan pada pembaca.. kadang tu busyra sendiri pun blur, adakah apa yang aku post ni memberi input pada orang lain?.. bukan lah maksud aku, korang kena update pasal agama atau tazkirah semata.. memberi input ni meluas tau.. pasal makanan, pelajaran *ilmu (ilmu sangatlah umum ye), as long as dapat sampaikan sesuatu pada orang lain..


6. Gali lagi banyak ilmu pasal blogging

Ilmu pasal blog ni sangatlah banyak.. busyra sendiri pun sekarang masih belajar dan terus belajar.. salah satunya SEO, google analytic dan sebagainya.. kena berguru dengan yang lagi pakar.. korang boleh search saja di google untuk belajar.. banyak blogger yang buat entri pasal ilmu-ilmu blogging ni.. gali dan terus gali ilmu blogging! dengan cara tu, korang akan jumpa sesuatu yang menguntungkan.. mana la tau kan dengan korang search2 tu ada terjumpa blogger yang story mory pasal tambah duit dengan blogging ke, dari situ korang boleh start follow apa yang patut..

7. Membuat Email rasmi untuk blog

Email sangatlah penting dalam dunia blog.. semua benda nak pakai email.. kalau ada syarikat hire korang untuk buat entri pun dorang akan sent by email.. so,yang masih baru dalam dunia blog mesti kena ada email.. create sekarang! dan jangan lupa masukkan alamat email korang di sidebar, so senang lah orang nak tengok nanti..

Akhir kata "Be yourself" .. buat lah apa pun dalam blogging ni tapi ingat satu benda tu ja.. kita boleh nak tiru orang lain.. tapi olah lah jadi diri sendiri sebab setiap orang ada special nya tersendiri.. busyra harap apa yang cuba busyra sampaikan ni dapat membantu blogger yang baru nak mulakan blogging dan teringin nak jana pendapatan sendiri dengan blog.. jangan expect terlalu tinggi, tapi cubalah untuk berusaha! banyak lagi yang nak disampaikan sebenarnya tapi inshaAllah di lain entri ye.. okay, Assalamualaikum..

24 comments

  1. good sharing busyra!!gee dalam proses nak serius dalam blogging!post ni sangattt memberi inspirasi untuk gee!yup!just be ourself!!tagline tu best!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..terima kasih Busyra..ilmu dipagi Isnin..

    ReplyDelete
  3. Good info busyra. Kak ana tgh nak apply adsense ni. Doakan ye. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Memang semua kerja kan ada cabaran die masing-masing. Macam Busyra cakaplah, nak post sesuatu entry tuh kena fikir dulu apa kebaikannya. Memang blur sebab dok pk...worth it ke tidak kan entry ku ini. Anyway, thanks for sharing! tips yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  5. insyallah,sekarang pun alhamdulillah,rezeki yang ada,kena tingkatkan lagi cara penulisan di blog,nak2 untuk review product,baru orang percaya kerja kita kan...thanks sharing busyra

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing :)

    Fatina| www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Info bagus ni untuk mereka yang nak mula menceburi dalam bidang penulisan blog. Dah lama rasanya nak tulis entri pasal ni tapi belum ada masa.

    Setuju dengan apa yang awak cakap. Kalau boleh, guna la hobi kita untuk jana something beneficial. Barulah dapat enjoy manfaat tu :)

    ReplyDelete
  8. great info ;)

    yg penting kena konsisten. kite skrg ni sejak busy payah betul nak konsisten buat post. sbb kalau buat cincai2 kite x suka. nk kne ada mood menulis bru best.

    p/s : salam kenal ;)
    -Farah Dafri

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam..terima kasih kerana sudi berkongsi info ni..boleh gunakan dalam berblog..

    ReplyDelete
  10. Info yang bagus.
    Setakat ni tak terfikir lagi untuk buat duit dengan berblog.
    Just buat entry untuk suka2 aje.

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing...info yg bermanfaat

    ReplyDelete
  12. Good sharing...keep up a good work..good luck

    ReplyDelete

prev
next