Shopping di SgShop dengan Voucher RM 900!

Hai semuaa..


Setelah dekat sebulan menunggu barang yang aku shopping di SgShop akhirnya sampai jugakkk. fuhhh! Kenapa jadi lambat? haaa ada beberapa perkara yang membuatkan proses barang sampai ke rumah jadi lambat.. Sebelum aku terlupa, bagi yang belum mengenali apa itu SgShop, meh sini aku nak explain.. SgShop adalah satu website jual beli barang dari luar negara iaitu negara China.. Semua barang di dalam website SgShop ni, dijual dengan harga tak masuk akal, iaitu sangat lah murah! Macam2 yang korang boleh tengok dan jelejah di website SgShop.. Barangan yang dijual adalah lebih kurang barangan Lazada, Nile, Zalora dan sebagainya. Cuma bezanya disini ia lebih murah dari website Malaysia.

Dalam entri kali ni, aku nak share dengan korang barang2 yang aku dapat dari SgShop! Barang ni semua untuk orang yang aku sayang!.. tak kan la aku nak shopping RM900 sorang2 je kannn. Kongsi lebih baik. tapi bukan kongsi suami ye. hahaha.. 

1. Barang untuk Angah


Travel Bag RM 25.00 + Baju Baby RM 34.03 = RM 59.03

2. Barang untuk Adik


Seluar Jeans RM 20.14 + 2 Helai T-Shirt RM 13.76 + Kasut RM 20.76 = RM 54.66

3. Barang untuk Mak


Scandal RM 40.97

4. Barang untuk Along


Purse Wanita RM 27.08 + Purse Lelaki RM 19.31 + Pencil Case RM 4.03 = RM 50.42

5. Barang untuk Aku


Luggage RM 36.11 + Meja Office RM 220.83 = RM 256.94


Inilah bungkusan kesemua barangan yang selamat sampai ke rumahh.. yang kotak atas tu adalah semua barang yang aku terangkan di atas. dan yang kotak bawah tu adalah perabot iaitu meja office.. kena pasang sendiri tau. haha.. kayu, skru semua cukup lengkap dorang bagi. tapi serius susah nak pasang!.. nasib la ada akak dan abang ipar aku yang sanggup nak tolong pasangkan.. dah siap sebenarnya pasang tapi aku tak dapat nak snap pic tunjuk dekat korang lagi sebab bilik aku sekarang ni tengah renovate (d.i.y) cat semua sendiri.. stay tuned! haha. nanti aku akan snap pic meja office yang besauuu gedabak tu bagi korang tengok ye.. 

Barang untuk ayah aku tak dapat nak beli sebab ayah order tali pinggang then tak lepas kastam.. haha. sedih betul! besi rasanya kot.. ayah redha ja. aku tanya nak beli apa gantikan dengan tali pinggang tu, tak nak pulak dia.. hehe. Total untuk semua barang ni adalah RM 465.49 ..shipping fee RM 389.20 + Service Fee RM65.34 + Clearance Fee RM 0.98 = RM 455.52 Shipping fee ja dah cecah RM400.. huhu. gila mahal kan.. tapi semua ni sebab perabot yang aku beli tu.. harga cas shipping mahal di ambil kira dengan berat barang.. jadi kalau tak nak kena shipping mahal kena pilih barang yang ringan2 saja.. itu pun dah habis murah sebab aku guna Sea Shipping, kalau guna air shipping alamatnya beribu2 la.. haha.. so total untuk semua yang aku dah shopping adalah RM 921.01 


Terima kasih SgShop! kalau nak harapkan duit aku sendiri memang tak la nak shopping sampai macam ni.. haha.. Okay disini aku nak nyatakan kelebihan dan kekurangan shopping di Sgshop. Kekurangannya adalah shipping fee dan segala jenis fee memang mahal (depend pada berat) dan benda ni akan buatkan orang fikir 2-3 kali untuk shopping dan barang sampai agak lambat, tapi kita kena paham la kan sebab shopping dari luar negara memang service macam ni..berbalik pada kelebihannya pulak, semua barang di SgShop memang tak masuk akal! murah gila.. cuba korang bayangkan luggage yang aku beli tu harganya RM 30 lebih ja.. kalau dekat sini tak dapat dik oii harga macam tu.. 

Alhamdulillah semua barang dari China memang the best! kualiti tu yang penting.. semua barang elok, macam gambar asal di website! So, sesiapa yang berminat, dan jenis yang tak kisah dengan shiping fee dan tak kisah tunggu lama, korang boleh lah try.. sebab bab kualiti barang ni, memang bagus tip top! serius aku cakap.. korang boleh pergi ke detail yang aku nyatakan di bawah ye..




Hotline : 1700-818-315

41 comments

  1. wah!!!da sampai ye barang awak...kite pnya hujung bulan baru smapi..xsabar nk tunggu brg dri sgshop..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa. smpai minggu lepas nadia.. hehe.. okay, nnti update ye. brg apa yg dishopping tu..

      Delete
  2. wahhh..besttnyaaaaaa....macam mana boleh dpt voucher tu..akak tengok macam ramai pula yg dpt voucher sgshop tu.huhu..

    xpa..utk ayah nanti shopping lagi ya busyra..xsabar nak tengok meja baru busyra di ruangan bilik..wah cat bilik warna apa?amik pic tau..nak tengok..mesti cantik mcm tuan bilik nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak SgShop hantar email kak.. dpt voucher ni.. ye ramai blogger yg dpt. hehe. tu la. ayah nnti shopping lain dkt dia. warna pink cair cmpur turqoise skit. nnti busyra update di blog ya bila dah siap.. hehe.. <3

      Delete
  3. alhamdulillah rezeki Busyra :D
    Shopping sakan haha xD

    ReplyDelete
  4. sgshop nie macam taobao ea siqah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni blog busyra kak einn.. bukan kak siqah.. hehehe.. taobao ni ada dlm website sgshop kak.

      Delete
    2. Ya Allah!!! sorry sorry sorryyyyyyyyyyyyy.. kak e'in konfius! hahahaha

      Delete
  5. bestnya, banyak barang murah tapi betul tu, postage pun memang mahal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa BV.. murah tp postage la mahal nauuu.. huhu

      Delete
  6. huyyooo . sampai 900 shopping dekat SG SHop. shopping habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. shopping habis2ann.. malas nak simpan dah..

      Delete
  7. Wah byknya dpt shopping. Suka kan ana tgk.semoga murah rezeki busyra ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. alhamdulillah rezeki .. amin.. tq kak anaaa <3

      Delete
  8. Pergghhh siap beli meja tu.. Mesti mahal kos posnya kan..

    ReplyDelete
  9. Kalau duit sendiri memang taklah kan nak shopping..ahahha..banyak tu kos shipping..adeh..tapi janji dah dapat apa yang diinginkan..tu scandal ape tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. fuhhh, bershopping sampai 900 tu, tapi memang kalau dari china ni shipping memang mahal, apatah lagi beli barang perabot

    ReplyDelete
  11. Wahhhh...ada macam-macam la...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. Manyak nya barang busyra.. Tak sabar nak tgk meja tu..

    ReplyDelete
  13. pehh pesaq kotak tu, mmng shopping sakan habis ni! murah2 sangat barang kat situ :D

    ReplyDelete
  14. mrs pip no idea lagi mau beli apa di sgshop ...
    tengok list busyra, nampak menarik semua :)

    ReplyDelete
  15. banyak nye shopping dik !!! untuk kakak tak de ke ? hee~

    ReplyDelete
  16. Wahh banyaknya voucher sampai 900.. sgshop ..bagi.. sayang sgshop kat busyra.. adei shopping kat sgshop kekurangan dia kos shiping tu la mahal..

    Nak sangat sgshop ada voucher balik bagi free haaa

    ReplyDelete
  17. adoi awat murah ngat? tergoda dah ni. haha. bertambah la senarai online shop yang boleh disurvey lepas ni hehe

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah rezeki.
    bestnya dapat shopping :)

    ReplyDelete
  19. Huih banyaknya sopingg.. Selalu jugak usha tp bila tengok shipping mls pulak. Huhu

    ReplyDelete
  20. Terkejut sangat harga shipping semua sampai rm400 tapi murahnya semua barang tuuuu.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
  21. "berkongsi suami" tu fitrah sorg lelaki ye mkcik., hehe2

    ReplyDelete
  22. Rm900 banyak tu. Macam2 boleh beli

    ReplyDelete
  23. Ya Ampun seronoknya shopping sungguh ni... Macam2 boleh beli dgn RM900 tu.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah.. Best tu shopping..

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  25. Dah lama duk usha sg shop ni , murah je harga luggage tu ..

    ReplyDelete
  26. Wahhhh seronoknya shopping =)

    ReplyDelete
  27. bnyak shopping ye...beshnyer.
    yaya klo shopping online ni suka nak cepat..
    klo lmbt smpai pun tgok jugak la keadaan..klo dpt voucher free mmg xkesa lmbt..hehe =p

    ReplyDelete
  28. Banyakkknyaaa awakk shoppinggg. Berbaloi baloi ehh shopping dgn sgshop.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  29. berbaloi tunggu lama bestnyaaa banyak tu shopping ^^

    ReplyDelete

prev
next