Resepi Nasi Goreng Kerabu Simple

Assalamualaikum semua..


Salam Jumaat, lama rasanya aku tak post gambar makanan dalam blog ni.. so hari ni ada kesempatan nak share dengan korang resepi Nasi Goreng Kerabu Simple.. aku buat nasi goreng ni sebabnya rindu nasi goreng kerabu yang aku selalu singgah dekat kedai makcik favorite area alor setar.. tapi sekarang ni kedai tu dah tutup.. aku tak tau pulak sebabnya apa.. so disebabkan rindu nasi goreng, apa kata kita try masak sendiri. bagi penggemar serai dan bunga kantan, boleh la try ye resepi ni.. aku dulu tak suka makan bunga kantan tapi bila dah try masak dengan nasi. sedap pulak! :p resepi ni sangat lah mudah dan cepat.. masuk masuk semua bahan then siap!

Bahan-bahan:

1. Isi Ayam
2. 2 biji cili padi (potong kecil-kecil)
3. sedikit serai dan bunga kantan (hiris bagi halus-halus) ikut la banyak mana korang suka
4. 1 biji bawang kecil/ merah (hiris)
5. Nasi putih
6. Perencah nasi goreng kampung

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak 
2. Masukkan isi ayam
3. Bila ayam dah masak, masukkan semua bahan hirisan (cili padi, bunga kantan, serai, bawang merah)
4. Bila dah rasa bahan hirisan dah masak terus masukkan nasi putih 
5. Akhir sekali masukkan perencah nasi goreng
6. Siap untuk dimakan!


Bahan utama sudah pasti bunga kantan dan serai.. kalau nak tambah pucuk-pucuk/ sayur lain pun boleh. lagilah bertambah sedap. aku masukkan dua bahan ni sebabnya ni ja yang ada dekat rumah.. mak tanam tepi rumah.. hehe. okay lah.. selamat mencuba!

14 comments

  1. Nampaknye macam sedap.. tak pernah cuba lagik makan nasi goreng kerabu ni.. hurmmmm.. menarik..

    ReplyDelete
  2. Boleh dijadikan salah satu menu untuk bersahur nti.hehe

    ReplyDelete
  3. Mm sedapnya. Tenkiu share resepi ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh nasi goreng special dari Busyra..
    Resepi nasi goreng baharu bagi akak..
    Sebelum ni tak pernah campur bunga kantan & serai..
    Boleh cuba untuk kelainan, simple dan nampak sedap :-)

    ReplyDelete
  5. saya suka makan nasi goreng.tq for sharing resepi kak busyra

    ReplyDelete
  6. Nasi goreng kerabu ni la feveret mak mai. Pandainya busyra masak...

    Mai suka nasik goreng petai je, hahah.

    ReplyDelete
  7. Dapnye. Rasa rasa buat nasi goreng dah ptg nti utk berbuka. Sebab berdua dgn rania je. Ayh nya krja shift malam.
    Nasib lah ada penemean berbuka.lau tidak sensorang je jawabnya

    ReplyDelete
  8. Simple... tapi nampak sedap! Aaaah, boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. makan nie berbuka pun best juga.. Tapi bunga kantan mahal sekarang nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. nampak mcm menarik ni.
    tq share resepi :)

    ReplyDelete
  11. Pandailah Busyra ambil gambar makanan. Rasa menarik je tau. Sedap ni!

    ReplyDelete
  12. Wah first time CCL dengar nasi goreng kerabu ni .. mesti wangi bila tumis bahan-bahan sebab ada serai bunga kantan

    ReplyDelete