Assalamualaikum awak2 semua..
Korang kalau dapat tiket free ke luar negara seronok tak? hehe. aku tau mesti tu salah satu impian korang kan? sama la dengan aku. sapa tak nak melancong ke luar negara. Kalau korang diberi peluang, korang nak ke mana? okay nih, aku ada berita baik untuk korang. Mesti korang pernah dengar Traveloka kan? website yang korang boleh gunakan untuk buat tempahan online tiket dan hotel. haaa, Traveloka ada buat satu contest untuk blogger dan yang tak ada blog pun boleh join. Traveloka nak bagi tiket flight ataupun kupon hotel free. best kan? kita boleh pilih nak kemana untuk 10 negara yang Traveloka senaraikan.
Kalau aku diberi peluang oleh Traveloka untuk menang, aku nak sangat ke South Korea! bestnya dapat ke negara bersalji. macam mana la percutian aku kalau dapat ke sana nanti? yeszaaa aku memang suka berangan! hehe... Macam mana aku nak penuhkan percutian aku dengan tempat2 best dekat sana? ok jom baca sampai habis duluuu.. #MyTravelokaEscapade
1. Main salji di Pulau Nami
Alahai... ni memang impian aku. nak main salji baling2, acah2 sweet gitu! haha. nak buat orang salji besar2! even aku ni jenis yang cepat sejuk. tak apa, aku relakan demi salji yang putih bersih tu. salah satu aku suka main salji sebab aku suka warna putih. apatah lagi tengok satu kawasan warna putih dipenuhi dengan salji. ermmm. tidur situ lah.. hehe :p pastu feeling2 winter sonata!
kalau tak ada salji pun aku suka sebabnya aku suka tengok daun gugur warna kuning2 oren masa autumn. lepastu aku nak snap pic banyak2 masa daun2 tu gugur.. hehe
2. Lihat keindahan pantai di Pulau Jeju
Sebut Pulau Jeju teringat pulak Autum In My Heart... jangan ingat aku tak minat korea aku tak tau semua benda ni tau. :p cerita femes korea aku tau la jugak sikit2.. semestinya aku nak habiskan cuti aku dengan tengok air biru dekat jeju ni. Pulau Jeju memang terkenal dengan keindahan pantai, gunung berapi, serta air terjun.. aku memang suka la tempat2 macam ni. kalau jeju ni orang dah lama aku jatuh cinta. hahaha :p
3. Padlock Cinta di Namsam Tower
Ya Allah... cantiknyaaa.. nak2 pulak musim salji. keindahan Namsam ditambah dengan cahaya lampu malam. sebenarnya aku terngin sangat nak buat "Padlock Cinta" ala yang kunci banyak2 tuuu.. tapi nak buat tu kena naik atas menaiki cable car. kalau tak nak naik cable car pun boleh, kena jalan kaki. dorang dah sediakan trek! yehuuuu.. bestnya! mencabar!
kalau korang nak tau Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul. yang paling femes sekali padlock cinta lah! Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan...
4. Nak masuk taman tema di Lotte World
dalam taman tema ni ada macam2 yang best! tapi ada dua aktiviti yang aku nak sangat buat iaitu adventure park dan magic island!.. nak habiskan percutian aku dekat situuuu.. tapi tak tau apa yang ada dekat dalam tu sebenarnya. sebab tu aku nak try. nak try semuanyaaa.. hehe. tapi nak masuk ke dalam Lotte World ni mesti la kena bayar tiket. ala macam taman tema dekat malaysia, mana ada free kan..
5. Cuba makanan halal korea 'Kimchi"
Kimchi adalah makanan traditional di korea. Ia adalah hasil perapan sayur kubis yang digaul dengan cili. Makin lama kimchi tu diperap, makin mahal harga dan makin sedap rasanya.. itu mengikut kajian yang aku buat di google. hehe.. seumur hidup aku tak pernah makan kimchi. haha. so, aku nak sangat merasa kimchi asli yang ada di korea.
nak masuk dalam makanan lain pun boleh.. yang ni stew korea + kimchi.. aku tengok dah macam tomyam dekat kedah dah ni. hehe
So, ada 5 benda yang aku nak sangat luangkan dan habiskan percutian aku kalau dapat ke Korea!.. bagi aku jelajah ke negara orang adalah satu kepuasan dan dapat tengok budaya di tempat orang. Pengalaman itu mapu mencipta kenangan manis!
korang pun nak cuba contest ni? jom lah ramai2 blogger join. mana tau rezeki kita kan? sila klik banner di atas untuk terus ke #MyTravelokaEscapade.. selamat mencuba!
Bestnya kalau dapat menang percutian percuma nie.. All the best Busyra..
ReplyDeletebesntya main salji.. dari kecik terbayang2 dan termimi2 nk pegang salji
ReplyDeleteimpian tapi tataw la bile boleh smpai sana
ReplyDeleteyang selalu layan cerita korea, korea adalah tempat wajib teringin nak p. hehe .. nanti sempat nak join jugaklah GA niiih
ReplyDeleteInshaa Allah..suatu hati nanti heheheh kumpul duit utk travel dulu
ReplyDeletealahai.. bila la dapat pegi sana hoi !! hee~
ReplyDeleteBestnya Korea!
ReplyDeleteRamainya nak ke Korea..
ReplyDeleteGood luck yer..sama2 cuba, manatau rezeki :)
ReplyDeleteBestnya kalau percutian ditaja kan :) Hope ada rezeki Busyra. Siqah nak join jugak tapi tak sempat lagi :(
ReplyDeleteSiqah teringin nak pergi korea or jepun masa autumn. Mesti cantik sangat :) Kalau pergi Namsan Tower, carilah kot2 ada jumpa padlock siqah. Hihi :D
wahh bestnya kalau dapat bercuti di korea kan.:)
ReplyDeletemek kalau dapat pegi langkawi atau sabah tu pn ok dah :)
ReplyDelete