Pentingnya air masak untuk diri

Assalamualaikum..

dulu aku seorang yang susah nak minum air. kadang tu sehari sekali nak minum pun aku boleh kira dengan jari. aku memang susah nak minum air. lepas makan pun kadang tu aku tak minum air. mak ayah ada bagi nasihat yang air tu memang penting dalam badan. apatah lagi air masak. so start dari tazkirah panjang lebar dari ustaz dan ustazah pilihan, hehe. aku pun start minum air banyak2. belajar untuk minum air masak lepas bangun pagi dan sebelum tidur malam.





meh sini aku nak bagitau kepentingan air masak untuk badan kita. yang suka dan selalu minum air tu. bagus! dan teruskan minum banyak2 setiap hari. 

1. Memberi tenaga setiap hari

Bila korang rasa haus, itu maknanya air kurang dalam badan korang. so dari situ badan tu sebenarnya lemah dan letih disebabkan tak cukup air. Air yang mencukupi dapat membantu untuk meringankan bebanan jantung bagi mengepam darah ke seluruh tubuh badan korang. 

2. Melancarkan sistem pencernaan 

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari membolehkan sistem pencernaan korang berjalan dengan lancar. lepas tu ia dapat mencegah dari sembelit dan dapat membakar kalori dalam tubuh badan korang.

3. Mencantikkan kulit wajah


bila korang mengamalkan pengambilan air masak secara konsisten setiap hari, kulit akan jadi lebih licin, halus dan gebu.  

sebenarnya banyak lagi kelebihan bila kita minum banyak air masak setiap hari. tapi kelebihan di atas adalah salah satu darinya. so, bagi sesiapa yang macam aku ni, susah sangat nak minum. cubalah ye untuk minum sebab ini adalah kebaikan untuk diri sendiri. :) 


11 comments

  1. dulu lela pun mmg jenis liat nak minum air. badan memang kering. sekarang dah besar2 belajar minum air banyak. memang kulit pun nmpk segar sikit kalau nk bnding dengn dulu mcm tak de air langsung dlm bdn.

    ReplyDelete
  2. Betul..tubuh kita sangat memerlukan air yang secukupnya..

    ReplyDelete
  3. Air masak nie peneman yang paling baik..
    Kalau nak diet pun digalakkan minum air masak berbanyak..hihihi

    Posting terbaru AM
    5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Hahaha akak baca post adik ni terus teringat nak minum air.. Terus capai botol air tau.. Thankz busyra.. :)

    ReplyDelete
  5. betul2. BV siap sediakan botol air kat tempat tidur. senang nak minum sebelum tidur dan selepas bangun tidur. :D

    ReplyDelete
  6. Mai pemalas minum air, mcm busyra dulu la, lepas makan pun tak minum air kadang2, lepastu sembelit mula la gelabah >.<

    ReplyDelete
  7. dalam proses membiasakan diri minum air masak hehehhe

    ReplyDelete
  8. Kak Sha pula tak leh minum banyak.. nanti mesti kerap nak ke toilet..

    ReplyDelete
  9. Akak ni banyak minum.. Tapi minum air manis. Heh :p

    Tengah latih diri banyak minum air putih..

    ReplyDelete