Makanan yang sesuai untuk pesakit kemoterapi


ada tak dikalangan saudara mara korang ataupun sahabat handai yang perlu menjalanai kemoterapi, jadi memang tak ada la istilah diet ataupun makan secara berlebihan. pemakanan seorang pesakit kemoterapi perlu dijaga dan tak boleh makan sesuka hati. Pesakit perlu makan makanan yang berkalori untuk menjaga tubuh badan bagi menangani tekanan dalam menjalani kimo. Kajian yang aku buat di hasil carian google dan menurut pakar adalah pesakit kemoterapi perlu mengelakkan diri dari makan makanan yang pedas, goreng dengan minyak yang berlebihan, dan terlalu manis iaitu banyak gula.

Menurut pakar lain, pesakit boleh makan makanan yang berkalori tinggi tapi perlu ditambah dengan buah-buahan ataupun makanan ringan yang lain. Senarai di bawah adalah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit kemoterapi:



1. serbuk protein (ditambah dengan susu)
2. mentega (ditambah dengan roti, sayur-sayuran, dan kentang)
3. mentega kacang (ditambah dengan buah-buahan dan sandwich)
4. madu dan jem
5. keju biasa atau keju krim
6. krim berat (ditambah dengan sos)
7. mayonis (ditambah dengan salad sejuk dan sandwich)
8. krim putar
9. buah-buahan boleh makan macam tu saja ataupun makan dengan yogurt. contohnya pisang, tembikai, tembikai susu, dan pear.
10. kentang lenyek
11. gratin sayuran (dibuat daripada kentang, terung, kubis bunga, atau sayuran yang dibakar dengan sos krim)
12. telur hancur


13. makaroni dan keju
14. lasagna lembut
15. kacang (sup kacang putih, salad kacang, kacang hijau ditambah dengan pasta)
16. avocado dimakan dengan roti bakar 
17. telur rebus
18. susu penuh lemak
19. yogurt penuh lemak (tambah dengan sayur-sayuran)
20. 1 cawan kecil sup (boleh tambah dengan krim)
21. 1 mangkuk kecil oatmeal dengan kacang dan mentega 

semoga entri ni dapat membantu korang untuk membantu pesakit kemoterapi dalam menjaga pemakanan mereka. Thanks for reading:)

9 comments

  1. Hmm bila dah sakit ni pemakanan mmg kena jaga...Betullah kesihatan tu adalah satu nikmat yang kadang2 kita terlepas pandang.

    ReplyDelete
  2. tak bestnya kalau sakit kan :( terbatas pemakanan,

    ReplyDelete
  3. semoga bermanfaat untuk mereka yang menjaga pesakit kimoterapi.

    p/s baru perasan rupanya sy belum follow blog ni hehe da follow ya & thanks letak blog ramaramapendek dalam bloglist :)

    ReplyDelete
  4. Busyra! hihihi, nak tanya ni, mcm mana Busyra tukar warna highlight? Merata cari tutorial semua tak jadi T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mai.. busyra dah reply dekat komen di blog mai.

      Delete
    2. Bukan bold busyra, mcm klau kita highlight ayat kat blog busyra, highlight tu jadi colour hitam, cantik, kalau kt blog mai jadi kaler biru je, tak thu tukar yg tu, ke template busyra mmg siap2 tukar colour highlight tu?

      Delete
  5. Makeroni keju.. Teringin lah pulok. Aiyok adik.. Bertanggungjawab cepat sebab buat akak teringin lepas tengok dan baca entry adik ni. :p

    Gurau je. :p

    ReplyDelete
  6. Orang yang sihat ni pun rasa nak makan this kinda food. So tempting (^_^)v

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete