Puisi#16 Mengejar apa yang di kejar

1.45 pm / bukan hanya fikirkan hidup semata- busyratakiyudin


salah satu sebab kenapa aku masih terpinga-pinga, tercari-cari adalah kerana aku belum jumpa sesuatu yang benar-benar aku mahu. bukan wang, bukan emas, bukan segala harta yang ada didunia. aku di sini bukan untuk hambakan diri buat manusia, tapi pada dia, Tuhan! 

biar penat mencari, akan aku tetap melangkah walau dengan merangkak, kerna aku sedar yang tak mudah mengejar apa yang aku kejar selama ini. biar sakit sekarang asalkan aku tenang kemudian. biar sulit hari ini, jangan susah esoknya.

baik aku orang boleh nampak, buruk aku? tak kan aku nak cerita pada semua. buruk aku hanya Tuhan yang tahu. biar hanya Tuhan! puas untuk aku cari mana dia Syurga, rupanya ada di dalam hati seorang hamba taqwa. 


nak baca lagi koleksi #puisibusyratakiyudin boleh ke sini >> Karya Puisi


5 comments

  1. carilah selagi ada kudrat. carilah sehingga Dia takkan bertanya mengenainya di sana nanti.

    ReplyDelete
  2. Biar orang mencari keburukkan kita TAPI bukan kita yang mencari keburukkan orang lain..

    Pesanan buat diri sendiri jua..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya puisi busyra. suka suka sukaaa :D

    done masukkan busyra dalam bloglist kakcik :D

    ReplyDelete
  4. Biar bersusah sekarang namun bahagia akhirnya..

    ReplyDelete

prev
next