Tips Pemakaian Lipstick Tahan Lama


Pasti ramai wanita yang menghadapi masalah yang sama iaitu lipstick tidak kekal lama pada bibir lebih-lebih lagi selepas makan dan minum. Adakah kerana lipstick yang digunakan adalah dari jenama yang murah dan tidak berkualiti? Atau mungkin terdapat ‘secret way’ untuk membuatkan warna lipstick tersebut kekal sepanjang hari? Well, tentu sekali there is a secret untuk pemakaian lipstick tahan lama



Pertama sekali, gunakan lips scrub untuk membuang sel-sel mati pada bibir korang. Amalkan langkah ini setiap kali sebelum korang ingin memakai lipstick. 


Langkah yang kedua, gunakan lip balm yang berfungsi untuk merawat dan melembapkan struktur bibir korang.



Seterusnya, sapukan foundation pada bibir korang tetapi jangan terlalu tebal. Cukup hanya menyapu satu lapisan yang tipis. 



Selepas itu, lukis garisan bibir dengan menggunakan pensel bibir dan ingat, ia juga tidak perlu dilukis dengan terlalu pekat. 


Sekarang, baru lah korang boleh memakai lipstick seperti biasa. Tidak semestinya korang harus memakai lipstick yang terlalu mahal. Pastikan korang memakai lipstick tersebut dengan sekata pada kedua bahagian bibir korang.


Dan ini merupakan langkah yang paling penting dimana korang harus menggunakan sehelai tisu (diasingkan menjadi dua helaian yang lebih tipis), kemudian tekapkan pada permukaan bibir korang. Langkah seterusnya, sapukan bedak menggunakan berus pada bahagian bibir tersebut.

Dan final stage, buat satu lagi lapisan dengan memakai lipstick korang seperti biasa. Cubalah! Ikuti panduan ini untuk pemakaian lipstick yang lebih tahan lama. 

tq for reading!

5 comments