sumber gambar: google
"puas untuk aku lupakan
semua kisah kita
semua kenangan
semuanya
hati yang kau lukai ini
masih berparut
dan tak mudah untuk hilang
parut itu kekal selamanya
semua yang sempurna hanyalah dimata
apa yang kau kejarkan
apa yang kau mahukan
tak akan kau dapat
kau tak tahu apa itu setia?
lebih baik kau belajar
cara bagaimana setia itu terbina
sebab tanpa setia kau tak kan bahagia
sedar lah
apa yang kau lakukan sekarang salah
sampai bila mahu begini
mungkin sampai kau tua
satu aku pesan
kau kena hargai
hargai sesuatu yang di depan mata nanti
sebab satu hari ia akan lenyap
kau tak tahu aku mati matian
berusaha menjaga hati
untuk terus
dan terus berjuang
sampai satu masa
letih, penat
berjuang untuk sesuatu yang tak pasti
dan akhirnya begini
kini
aku lenyapkan segala
sebab aku dah tak terdaya
akhirnya hilang, buang segala tentang kau
sekali nama kau dah hilang
ia tak kan lagi datang
sebab aku tak mahu
kenangan yang sama datang untuk kali kedua
aku yakin DIA mendengar doa ini
doa yang aku buat untuk kau
agar kau berubah
agar kau tak menyakiti hati lain lagi
apa yang aku ada sekarang, cuma satu harapan
terus berjuang
tetapi bukan untuk kau lagi
hanya untuk sendiri."
-busyratakiyudin 2016-
0 comments