CARA ATASI PERASAAN MARAH

apa yang buatkan korang jadi marah? Bila tengah marah apa korang akan buat?

manusia memang akan hadapi sifat marah setiap hari, samaada lama atau sekejap rasa marah tu datang. jadi kita sebagai manusia perlu tahu cara mengatasi sifat marah..

1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.

credit to: hafizamri.com

4 comments

  1. moga sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Uncle ni bila lapar je akan marah... huhuhu!

    ReplyDelete
  3. dulu masa zaman lagi muda mmg susah nak control.. keje nak marah hehe..
    tapi da makin2 tua ni.. belajar pelan2 nak control.. hehe..

    ReplyDelete
  4. kadang2 memang payah nak kawal marah tu. sebab tu kalau rasa nak marah, terus beredar dari orang tu.huhu

    ReplyDelete