RESTORAN UNTUK ORANG YANG 'SINGLE' DI KOREA MEMANG BEST

kalau ada kat Malaysia restoran macam ni confirm ramai yang pergi. hehe. idea yang bagus orang korea buka restoran ni. tak terlintas pun kat fikiran nak buat restoran macam ni kan? ntah2 yang teringin sangat nak masuk restoran ni pun mengaku bujang even dah kawen. hehe



sumber: era fm

Selalu tak tahu nak ajak siapa keluar makan sebab anda seorang yang masih single tapi tak ready nak mingle ? Yela, zaman sekarang ni bukan senang nak cari pasangan. Semuanya memilih. Macam-macam kriteria diletak untuk menjadi pasangan. Alih-alih terpaksa lah makan sorang.

Ada sesetengah orang dia tak akan keluar makan sorang sebab tak selesa agaknya kalau orang pandang. Nanti di katanya forever alone pula. Lepas ni jangan risau dah sebabnya di Korea ada satu restoran khas untuk mereka yang masih single. Anda tak perlu segan kerana di sini semua orang makan secara berseorangan.

Tetapi semasa anda sedang khusyuk makan akan ada satu skrin yang bertanyakan jika anda mahu makan dengan seseorang. Jika jawapan anda ‘Yes’ dinding di depan anda akan terbuka dan tadaaaa seorang lelaki atau perempuan automatik akan menjadi pasangan anda pada waktu itu.

Jom lihat video yang kami kongsikan dengan anda. Memang tergelak besar dibuatnya apabila melihat reaksi terkejut dan tersipu-sipu malu pada wajah mereka. 

nak tengok video pasal restoran ni, taip je di google ye. aku tak boleh nak copy paste link video dekat sini, ada problem sikit.

1 comment

  1. Bestnya kalau ada restoran macam ni dekat Malaysia. Alaa alaa blind date gitu. :D

    ReplyDelete