Hai..
rasanya ramai di luar sana yang inginkan bentuk badan yang ideal. nak kurus nak kurus nak kurus. tapi ingat! jangan sesekali la ambil ubat dengan jalan pintas. sebab takut kemudian hari ada effect yang kita sendiri tak jangka. so apa kata kita buat cara diet yang simple dan sihat. korang tak perlu nak habiskan beratus2 duit untuk beli ubat dan tak rosakkan bahagian dalam badan. memang tak dinafikan lambat kalau kita buat cara diet sihat ni. tapi biar lambat asal selamat kan? okay, mari sini aku nak bagi tips dekat korang. ikut tips ni setiap hari k. jangan skip. :)
1. Sebelum sarapan pagi
Okay sebelum fikir tentang menu apa korang nak sarapan pagi ni, korang ambil satu gelas yang berisi air sejuk dan perah lemon segar. korang disarankan untuk minum dengan perut kosong bagi membersihkan perut dan dapat detox badan korang tu daripada toksin. Lepas korang minum air lemon, barulah korang fikir untuk sarapan pagi.
2. Sarapan pagi
Untuk sarapan pagi korang kena makan buah-buahan. penah tak korang dengar yang kalau nak diet makan buah-buahan bila2 pun tak apa? maksudnya kalau nak makan time petang ke malam ke boleh. okay sebenarnya salah tau. Masa yang terbaik untuk makan buah-buahan adalah pada waktu pagi sebab gula dari buah yang korang makan tu akan bertindak dengan baik dalam badan korang. aku sarankan korang ambil 2 biji oren, 2 biji epal, anggur, 2 biji pear atau apa2 yang lebih kurang sama. lepas tu, korang boleh makan hazelnuts, badam atau kacang untuk sarapan korang!
3. Makan tengahari
Seterusnya makan tengahari pulak, korang boleh makan sepotong daging lembu atau ayam. sebolehnya korang elak makan roti k. untuk air pulak korang boleh ambil 2 cawan susu masam macam yogurt. Elakkan untuk makan salad yang ada krim/mayonis. tapi korang boleh makan sayuran lain sebagai ulam bersama kepingan daging korang tu ye.
4. Makanan sampingan
Beberapa jam lepas korang makan tengahari, masanya untuk anda ambil makanan ringan yang lain. tapi ingat jangan ambil coklat ye. jangan sesekali. rosak diet korang tu. hehe. aku sarankan korang buat salad segar tambah garam sikit dan minyak zaitun. baru sihat!
5. Makan malam
Makan malam adalah pemakanan terakhir untuk korang pada tiap2 hari. apa yang paling penting adalah korang kena ambil makan malam sebelum pukul 6 petang k. Menunya adalah 2 biji telur rebus dan salad hijau/salad timun dengan minyak zaitun.
6. Selepas makan malam
okay sekarang masa untuk minum sebelum korang tidur. buat 1 liter air dan 4 uncang teh hijau. minum sebelum tidur.
InshaAllah jika korang amalkan korang akan hilang 5kg dalam seminggu tau. tips ni sedikit sebanyak dari kajian di google yang aku buat dan dari testimoni kawan aku sendiri. so, korang pun boleh cuba. kena semangat kental dalam diet sihat ni. chaiyok!
Okay. Thanks Busyra for the tips. Lepas ni, boleh amalkan. :)
ReplyDeletemost wc addy.. ha ye. jgn skip :)
DeleteBagus tips ni.. salam kenal dr MamaJue.. followers 1266
ReplyDeletethanks mamajue. salam kenal :)
Deleteadoiiii no3 dan no5 tu susahnya sebab tghri biasa makan nasi dan kc makan malam biasa lepas maghrib hahaha. no 1 tu pula yang kc baca seeloknya buat air lemon suam, bukan sejuk hehehe.
ReplyDeletehaha. sama la kc, busyra pun mmg makan nasi malam. tp impian ni nak gemok bukan nak kurus. hahaha. tapi masalahnya busyra suka sngt air lemon. tu yg susah nak naik badan. eh yeke, haha. salah info kot ni. btw tq kc :)
DeleteYesssss! Semangat kena kental! Itu yang masih tak berjaya 😅😅 Haha.
ReplyDeletehahaha. kan siqah. susah nak smngat tu. kdg tertewas jgk. hehe
DeleteMakan malam tuuh macam tak best ... hahaha ...
ReplyDeletehahaha. kan. sbb awal sngt. tak mampu nak bertahan smpai pagi esok.
DeleteMemerlukan semangat yang kental macam nie..
ReplyDeleteAM pagi2 dah nasi berlauk bersama minuman sejuk..
Malam confirm nak nasi lagi...
Berat dah melambung-lambung dah nie..
Posting terbaru AM
PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN HABBATUS SAUDA
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
betul. kalau nak kurus kena smngat. haha. kan kan. asyik nak makan nasi ja. kita sama. pagi makan nasi, malam pun.
DeleteAlamak selepas pukul 6 dah tak boleh makan ke? :)
ReplyDeletehaha. tak boleh da la mizi kalau nak misi kuruskan badan. hehe
DeleteWAHH KENA DISPLIN NI KALAU X KELAUT JGK KAN!!
ReplyDeleteha aa unni kena disiplin . chaiyok2. :)
Deletetips yg bagus..boleh share
ReplyDeletethanks zie. silakan :)
Deletepergh yg mlm minum 1liter tu yui xleh ikut..sbb tkt tak lena tido..hahaha.
ReplyDeleteyg len ok.
hahaha. yeke. takpe2. minum air lain selain tu tp janji jgn minum minuman yg berat.
DeleteOwh terima kasih tau..betul pengambilan ubat takut memberi kesan kemudian hari..ada juga ubat yang bila kita stop pengambilannya,,berat badan kita naik berganda..
ReplyDeletesama2 awk. kan. kdg bila stop lagi melambung. setuju dgn pendapat tu.
Deletekite setiap masa nak makan rasenya
ReplyDeletehahaha. sama. sep sikit!
Deletewaa.. thanx !! memang sangat membantu tips nih seme.. untuk yang nak turunkan kilo, memang sesuai sangat nih.. hee~
ReplyDeletemost wc. :) ha aa. untuk sesiapa yg nak turunkan kilo tanpa bantuan ubat.
DeleteSedapnya tgk yg menu dinner tu...
ReplyDeleteLagi sedap salads tu...
Btw nice tips dik
hehe. kan. sy pun suka salad! thanks akak :)
Deletemenarik nie ! wanna try tp x thn nfsu mkn..haha
ReplyDeletesy konon nak diet utk kuruskan badan..last2 sampai kesudah tak kurus2..hahahha mana tidak kalau semua pun bedal ja
ReplyDeleteTips naik kan berat badan tanpa membuncitkan perut.. Ada? :D
ReplyDelete