Slider

Blogger atau Youtuber lagi best?

Wednesday, April 17, 2024

blogger, youtuber, idea blog,
 
Ada orang tanya aku Blogger atau Youtuber lagi best? Jawapan aku dua-dua ada special tersendiri.. Aku ada dua-dua platform ni tapi personally aku pilih blog. Even gaji blogger tidak setanding youtuber. Audience lebih sukakan video berbanding penulisan yang hanya membaca dan melihat gambar, ianya lebih bosan.

Nak jadi kedua-dua kerjaya ni kena ada minat yang mendalam. Macam aku cakap aku suka Blogger. Semestinya aku perlukan minat yang cenderung pada penulisan. Susah tau sebenarnya nak buat readers suka dengan hasil penulisan kita.  
 
Jiwa aku memang sangat minat dengan penulisan, cuma kalau hari malas tu datang memang tak sign in pun akaun blogger. haha.

blogger, youtuber, idea blog,

Aku pernah aktif youtube 3 tahun lepas. Mostly video aku tentang braces. Pernah capai view 20k untuk satu video. Masa tu happy bila banyak view dan ramai yang komen. Rasa macam video kita tu beri satu kebaikan pada orang lain.. 
 
 
 
Then aku stop lama sampailah keharini.. Bukan sebab tak minat tapi untuk hasilkan video kita kena setting phone, diri sendiri kena lawa dalam camera dan edit video.. Semua benda tu perlukan komitmen yang tinggi.

Sedangkan Blogger hanya duduk depan laptop dan menaip saja.. Pakai baju kelawar pun tetap onz.. haha. Income Blogger dan Youtuber sama saja, iaitu dari AdSense.. Aku pun tak pandai nak explain pasal benda ni.. Kena tanya yang lebih pakar dalam AdSense..

Walaupun sekarang Blog suam-suam kuku tapi ia tetap no 1 dimata aku. Macam selalu aku cakap, selagi ada Google selagi itulah Blog masih kekal relevan..
Read More

Cara Claim Towing Kereta dengan Etiqa Auto Assist Care

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa, 
Hai semua.. Kejadian kereta rosak jadi lepas aku balik kerja. Betul-betul traffic light. Ujian sehari sebelum raya. Benda ni jadi pukul 6.00 petang, dah nak dekat berbuka. Aku memang nak cepat haritu sebabnya dah janji dengan mak nak ke bazar last puasa. Time ni aku cuba call pihak Etiqa berkali-kali untuk towing kereta dari Jitra ke Pendang.. Yela kita ada insurans kan, dapatlah free.. Tapi, customer service cakap dorang dah cuti. Aku pun pelik sebab katanya towing 24 jam. 

Rupanya Etiqa ada banyak nombor. Sepatutnya aku call bahagian Etiqa Auto Assist Care.. Benda ni jadi cepat sangat dan ini pengalaman pertama aku. Jadi kelam kabut dan tak tahu nak call ke nombor Etiqa yang mana lagi. Aku call towing personal dekat 3 orang tapi semuanya tak boleh. Sampailah towing keempat, barulah ada sorang abang ni setuju nak towing kereta aku. Alhamdulillah.. 
 
Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Cas yang dia kenakan RM330.. Amaun tu sangat banyak bagi aku. Singkatkan cerita, kereta pun dah selamat sampai rumah dan aku dah hantar bengkel. Total repair RM280.. Rosak sebab plug dah terlalu lama.

Korang jangan risau kalau guna towing personal, tetap boleh claim dekat Etiqa Auto Assist Care.


Cara-cara claim towing kereta dengan Etiqa Auto Assist Care
 
1. Snap gambar kereta rosak ada di atas towing
2. Resit bukti pembayaran dekat towing personal
3. Screenshoot call ke number Etiqa pada hari kejadian
4. Hantar ketiga-tiga bukti tersebut ke email autoassistcare@etiqa.com.my
 
Korang cerita lah sedikit masalah yang korang hadapi sampai terpaksa call towing personal. Aku hantar email dekat dorang, hari yang sama jugak email tu berbalas.. Pihak Etiqa cakap dah luluskan permohanan claim tu. Dorang pun mintak details nama dan bank akaun. Alhamdulillah dipermudahkan. Dalam tempoh 5 hari bekerja duit akan masuk ke dalam akaun..

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Korang lepas ni kalau ada masalah nak claims towing kereta, ikut cara ni ye. Semoga perkongsian ni mempermudahkan urusan korang dimasa akan datang. Details Etiqa Auto Assist Care dibawah.

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Read More

Wordless Wednesday 7 : Kereta Rosak

kereta rosak, towing kereta,

Simpan sini sebagai kenangan.. 9 April 2024 (6.00 petang) Sehari sebelum raya aidilfitri..

Read More

Puisi #35 Takdir

Tuesday, April 16, 2024

 
koleksi puisi cinta, kata pujangga, puisi busyra takiyudin,

Puisi #35 Takdir | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian.. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Takdir

Melangkah walau esok tak pasti

Jangan toleh ke belakang lagi

Terus menulis apa yang ada dihati

Kerana yang pasti Allah selalu disisi


Harung semua yang ada

Apa nak kata hadap saja

Tak perlu fikir apa orang nak kata

Bangkit jangan menyerah anak muda


Takdir Allah itu pasti

Teruslah bersangka baik seikhlas hati


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI
Read More